Kempen Hindari Plastik Sekali Guna

Plastik adalah diperbuat daripada 'polymer' dan, biasanya plastik berjisim ringan dan tahan lasak. 'Polymer' boleh dijumpai dimana-mana dalam produk harian kita seperti 'pvc', 'nylon', dan 'acrylic'. Plastik juga dapat dibentukkan mengikut bentuk yang diingini dan ia mengambil masa 500-1000 tahun untuk pupus. Bukan itu sahaja, plastik juga dapat menghasilkan mikroplastik dimana benda utama yang menyebabkan pencemaran laut. Mikroplastik dapat dijumpai pada air paip, debu dan juga dalam debu. Tanpa kita sedari, sikap dan pendidikan yang betul dapat memberi kesan dalam pengurangan penggunaan plastik. Oleh itu, saya mewakili Persatuan Pandu Puteri Johor telah melancarkan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna selama sebulan untuk mengubah sikap saya terhadap penggunaan plastik.


Seperti yang tertera pada poster diatas, terdapat beberapa alternatif plastik yang boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian. Dengan sikap masyarakat yang lebih berdisiplin, kita bukan sahaja dapat mengurangkan plastik di bumi, malah kita dapat selamatkan hidupan laut dari berlakunya pencemaran akibat dari penggunaan plastik yang berleluasa. 

(Penggunaan Botol Minuman Sendiri)
Pertama sekali, saya telah menggunakan bekas minuman air sendiri sebagai ganti pembelian air mineral. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang daripada membeli air di kedai, malah dapat mendisiplinkan diri agar minum air supaya kekal segar dan cergas sepanjang hari. 

(Penyimpanan dalam Kotak Bekas Serbaguna)
Seterusnya, oleh kerana keluarga saya menjalankan perniagaan menjual nasi arab, saya telah menyimpan (storing) bekas makanan tersebut dalam kotak bekas serbaguna. hal ini dapat mengurangkan penggunaan bekas makanan styrofoam yang dapat memberi kesan buruk terhadap masalah kesihatan apabila digunakan untuk menyimpan makanan

(Penggunaan Beg Guna Semula)
Bukan itu sahaja, apabila mengunjungi kedai untuk membeli makanan harian, saya jugak telah mendisiplinkan diri dengan menggunakan beg guna semula. Hal ini dapat menjimatkan masa untuk menunggu juruwang (cashier) menyimpan barang dalam plastik, malah beg guna semula dapat digunakan banyak kali dah tidak mudah koyak.

(Penggunaan Sudu & Garfu Besi)
Akhir sekali, saya juga telah memperaktikkan penggunaan sudu dan garfu besi apabila mengunjungi premis makanan. Apabila menggunakan sudu dan garfu besi, ia lebih menyenangkan kerana tiada masalah sudu atau garfu yang patah.

 #PTTCBJohor #CleanSeas #PanduPuteriMalaysia

No comments:

Post a Comment